Sunday, April 24, 2016

Kisah Ah Hong

Kisah Ah Hong – Jutawan Senyap dari Belakang Rumah




Dalam tahun 1983,  sewaktu masih bertugas di Rawang, Selangor saya menyelidiki kisah seorang Apek (lelaki Cina) berusia 60an yang bernama Ah Hong. Beliau adalah pelanggan di bank yang saya bekerja sebagai pegawai operasi.

Satu hari beliau datang ke bank untuk memohon pinjaman membeli sebuah rumah kedai dua tingkat. Setelah dikira, bayaran bulanannya ialah RM1,800. Ini bermakna beliau mesti mempunyai pendapatan bulatan kurang daripada RM6,000. Bila ditanya mana slip gaji (salary slip) beliau berkata:

“Gua talak makan gaji mana ada sulat gaji.”

Bila ditanya ada borang J…beliau jawab; “Wow!...Itu income tax punya gua langsung talak la!...”

Bermakna tiada bukti pendapatan yang dapat ditunjukkan. (Permohonan beliau menggunakan nama anak perempuannya kerana beliau sendiri telah berusia 60 tahun).

Tetapi, anehnya pihak pengurusan bank meluluskan permohonannya. Sebenaranya rumah kedai ini adalah yan gkedua baginya. Rumah kedai yang pertama dibelinya juga melalui pinjaman bank ini. Rekod bayarannya sangat baik – sudah hampir selesai.

Deposit Ah Hong di bank ini sama ada dalam akaun simpanan atau simpanan tetap (fixed deposit) adalah besar dan beliau  menyimpan dengan penuh konsisten.

Setiap pagi Ah Hong akan memasukkan wang sebanyan RM200 atau RM300. Kadang-kadang dia memasukkan RM50 dan adakalanya RM100, tetapi yang pasti Ah Hong akan muncul di bank setiap hari untuk memasukkan wang, sehingga beliau sangat dikenali di kalangan kakitangan bank. Daripada pengawal keselamatan hinggalah pengurus cawangan, kesemuanya kenal Ah Hong.

Tetapi apakah caranya Ah Hong mencari duit? Apakah bisnes yang dibuatnya? Ah Hong buta huruf dan tinggal di Kampung Baru China. Dia bukan kontraktor, dia tidak ada lombong bijih dan dia juga tidak punya lading. Beliau hanyalah seorang pengusaha Yong Tau Fu di belakang rumahnya.

Jika dalam tahun itu (1983), anda berpeluang ke rumahnya (di sebuah Kampung Baru China) anda akan melihat pengusahaannya itu berjalan di satu ruang sempit di belakang rumah. Belliau tidak mendapat bengkel PLB (Projek Luar Bandar) beliau tidak mendapat mesin sumbangan Kemas (Kemajuan Masyarakat), jauh sekali pinjaman modal. Cara beliau membuat produknya adalah seperti berikut:

Pertama ikan tenggeri dibelah duan dan isinya dikorek keluar menggunakan sudu tinggalkan tulan dan kulitnya. Isi ikan tersebut kemudian dilumatkan dengan dua bilah parang di atas ‘chopping board’ kayu yang kelihatan permukaannya sudak lekuk.

Kemudian dibubuh sedikit polifosfat dan tepung jagung lalu dilumatkan lagi.

Akhirnya jadilah segumpal pes ikan sebesar bola takraw. Pes ikan tersebut kemudiannya disumbatkan ke dalam terung, peria, bendi, cili lotus root, tauhu dan bermacam-macam lagi.

Dalam tempoh yang tidak lama terhasillah sedulang penuh produk Yong Tau Fu dengan pelbagai varieti.

Ke manakah Ah Hong memasarkan produknya? Hanya di dua tempat sahaja. Satu daripadanya ialah warung yong Tau Fu di hadapan rumahnya. Warung ini dijaga oleh isteri dan anak perempuannya. Sementara sebuah lagi warung dijaga oleh Ah Hong sendiri dan dibantu oleh seorang perempuan India. Warung yang dijaga Ah Hong agak jauh sedikit dari rumah. Ia berhampiran dengan stesen minyak petrol di tepi jalan raya.

Bergantung kepada dua buah warung itulah. 100% daripada keluarannya dipasarkan. Berapakah punggutan Ah Hong setiap malam? Antara RM250 hingga Rm400. Pagi esoknya Ah Hong akan ke bank untuk memasukkan wang ke dalam akaun simpanannya antara RM100 hingga RM250.

Jika kita menilai pencapaian Ah Hong mengikut ‘standard’ sosio ekonomi orang Melayu – Ah Hong tentunya tergolong sebagai ‘Orang Senang’  atau ‘Orang Berada’ atau ‘Orang Kaya’.

Dengan dua buah rumah kedai, sebuah rumah teres ( tidak termasuk rumah yang didiami), dua anak belajar di luar Negara dengan perbelanjaan sendiri. Sebuah kereta Honda Accord -  Ah Hong telah memiliki ‘status symbol’ yang melayakkan dirinya digelah sebagai ‘Orang Kaya’.

Kalaulah Ah Hong itu seorang Islam tentulnya dia telah menunaikan fardhu haji. Dengan ukuran sedemikian, jika Ah Hong itu seorang Melayu – dia akan menjadi seorag yang amat disegani, disanjungi dan dihormati oleh masyarakat kampung di mana dia tinggal.

Apabila saya menanyakan Ah Hong hal duit dan hartanya yan gbanyak sehingga boleh membiayai sendiri anak-anaknya yan gbelajar di luar Negara, dia tersenyun sambil menjawab.
“Biasalah ini mascam, apa mau heran, ini kampung (Kampung Baru China) pun ada 31 orang anak, semua belajar ‘oversea’. Australia ada, New Zewland ada, USA pun ada. Semua haa…satu sen gomen punya wang pun talak angkat…!”

Saya Tanya lagi, “Itu  semua 31 orang dia punya emak bapak apa bikin?”

Jawab Ah Hong, “Lebih kurang serupa saya la…itu depan punya lumah haa! Bikin pau, itu lumah bikin tauchu, itu lumah bikin mee hoon, itu lumah bikin kue teow, itu lumah…aiya! Macam-macam ada ‘ala’!”

Saya bertanya lagi kepada Ah Hong, “Apa pasal orang Cina banyak ‘confidence’ bikin itu macam punya bisnes?”

Jawab Ah Hong,”Barang makan senang bikin senang jual…gua tak tau bikin radio, gua tak tau bikin kereta…gua tau ikan. Yong Tau Fu saja…ha..ha..ha..”

Sambungnya lagi sambil ketawa…”Aiya kita orang Cina, titun (tidur) pun bikin wang woo!”

Saya Tanya, “Lu olang talak titun ka?’

“Titun…mana boleh talak titun – tapi kita olang Cina titun…boleh bikin wang.” Jawab Ah Hong spontan.

“Apa macam lu bikin?”  desak saya

“Lu ala tengok itu busat punya sotong…(sotong kembang)” sambil menunjukkan kearah sotong yang tergantung di warungnya.

“Semalam belum titun punya jam…gua angkat sepuluh keping sotong kering. Gua kasi masuk dalam tong (tempayan), belakang (kemudian) guan taruk air abu. Sekalang pagi, Lu tengok itu sotong manyak busat wow!” Dia menerangkan agak terperinci.

Maksudnya, sebelum tidur dia merendam sotong kering, bangun tidur sotong itu telah kembang. Sebenarnya nilai tambah yang berlaku melebihi 100% - contohnya jika sebelum sotong itu bernilai RM2.00, bila sudah kembang, nilainya melebihi Rm4.50. Bermakna dalam tidurnya, AhHing menerima dividen melebihi 100%.

Bukan sotong kembang sahaja yang mengembangkan wang Ah Hong bahkan sepanjang tidurnya Ah Hong ada merendam Jelly Grass, Chinese Cane, Arrow Root, Dried Cole dan Herbal Tea. Bila bangun tidur, bahan-bahan tersebut sudah tersedia untuk diproses menjadi Cincau, Hainanese Stock dan Herbal Tea.

Pokok perbincangan kita ialah apakan syarat-syarat untuk Berjaya. Bagi seseorang untuk mencapai kejayaan dan kekuatan ekonomi perniagaanlah satu-satunya cara untuk mencapainya.

Islam sendiri menyatakan begitu. Semua orang Islam tahu. Agama Islam memberitahu umatnya bahawa 9/10 daripada sumber rezeki datang daripada perniagaan. Islam menggalakkan umatnya menceburi perniagaan, islam mahu umatnya kaya, umatnya maju dan gemilang asalkan kekayaan itu tidak melalaikannya – sungguhpun kaya namun masih tetap tawadhuk, bertakwa dan menunaikan hak-hak orang lain.

Kenapa Orang Melayu Tak Macam Ah Hong

Di Malaysia sekarang, orang-orang Islalah yang paling kurang menceburi perniagaan berbanding kaum lain. Jangankan sector perniagaan besar seperti perindustrian, pembinaan dan kejuruteraan, dalam industri kecil-kecilan yang dibuat di belakang rumah (back ard industry) pun Islam tertinggal.

Masih terlalu kurang orang Islam (terutama Melayu) di Malaysia yang menjalankan perniagaan atau perusahaan seperti Ah Hong. Kalau ada pun, mereka tidak menjalankannya dengan penuh semangat dan kebanggaan, sebaliknya merasa rendah diri mencela-cela diri (self pity).

Kebanyakan kita dari kalangan orang Melayu sengan untuk menceburi perniagaan kerana takut dikata orang baila gagal. Ramai yang masih ragu-ragu lagi, ‘nak jual apa’ atau ‘boleh laku ke’ atau ‘mana nak cari modal’, ‘ orang macam kita bukan senang nak dapat pinjaman’, ‘nak cagar apa…ada gigi dengan lidah sahaja!...’

Itulah mentality sebahagian besar daripada kita. Ironinya, kita senditi yang meletakkan syarat-syarat yang sangat ketat untuk berniaga. Kita sendiri yang menghalang-halang diri untuk menceburi perniagaan. Kita sendiri yang mengancam-ancam diri atau menakut-nakutkan diri supaya jangan berniaga. Kita merasa cukup terpukul melihat contoh-contoh kegagalan di kalanan kawan-kawan dan saudara mara yang telah kecundang dalam perniagaan.

Walaupun untuk Berjaya kita harus menempuh pelbagai dugaan dan rintangan, namun itu tidak bermakna jalan kearah kejayaan terlalu sukar dan terlalu dipenuhi onak dan ranjau ujian yang sangat getir.

Beritahulah diri kita sendiri, kita tidak mempunyai pilihan lain untuk berjaya di dunia mahupun di akhirat selain menceburi perniagaan.

Kalau kita kata nabi dan rasul adalah insan mulia, kita mesti ingat tiada seorang nabi atau rasul yang ‘makan gaji’ dengan orang lain untuk menyara kehidupannya. Mereka hidup berniaga, bertani atau bertukang menggunakan kemahiran dan keahlian yang khusus. Oleh kerana nabi dan rasul ramai berniaga, ini bermakna berniaga adalah kerja orang-orang yang mulia.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan capailah kejayaan, capailah melalui perniagaan dan syarat-syarat untuk Berjaya tidak terlalu ketat! Selarikan keikhlasan dan keyakinan bahawa perniagaan adalah pekerjaan yang mulia.


Wajibkanlah diri kita untuk berniaga.


1 comment:

  1. Terima kasih tulis di blog. Kerana buku ini telah tiada di pasaran lagi.

    ReplyDelete